Tuesday, 31 May 2011

tak terluah

aku x kuat nk hadapi bnda ni sorang diri
sangat3 x kuat
aku hnya insan yg lemah
sgt3 lemah!
tOlOm la aku...
ya Allah, kuatkanlah semangat aku
kuatkanlah ya Allah..
sesungguhnya Engkau Yang Maha Kuasa ='(

nk sgt oyk sumtim kt cni
nkk sgt luah sumtim kt cni
lame dh nk oyk bnda penting kt cni
tp takot ade org bace
x jadi nk luah
huuuuu
sdeyhh meta!~
biarlah..xpe lah
biarlah aku smpn dlm hati aku jah
hermmmm -.-
sabau jela
sabau
sabau~~~~
Allah xkn uji ujian sebegini kalo Dia taw aku x mampu nk hadapi
sobsobsobsob...
sedeyhhhnyeeee!!!!!!  :'(

An-Nu’man bin Basyir r.a. berkata: Aku telah mendengar Nabi SAW. bersabda: Sesungguhnya seringan-ringan siksa ahli neraka di hari kiamat, ialah orang yang di bawah telapak kakinya diletakkan bara api yang dapat mendidihkan otaknya. (Bukhari, Muslim).


huk3
mungkinkah ayt kt ats tu nk ckp bahawa kalo org pmpuan x pakai stokin kena seksa azab neraka smpai  mcm tu sekali??
mcm tu ke??
betol ke mcm tu??
tapi, itu la yg aku pikir sekarang ni
huk3
aku...aku...
xnak masuk neraka
=(




Manusia tak takut dengan neraka sebab tak pernah melihatnya.. begitu juga dengan syurga.. manusia tak takut berbuat salah dan melanggar hukum Allah kerana tak nampak dosa tu bagaimana.. begitu juga pahala.. jika setiap kali lepas solat Allah berikan sebesar bata emas, pasti tidak akan ada orang yg meninggalkan solat.. Inilah ujian, Allah lihat siapa yg lebih bertaqwa.




same2 muhasabah diri... T_T


notakaki: Allah tidak akan menduga hamba2Nya dgn sesuatu yg di luar kemampuan mereka, saat seorang hamba diduga, Allah tahu bahawa hambaNya itu mampu mnghadapinya, dan sesungguhnya, setiap sesuatu itu ada hikmah yg tersendiri, hanya Allah yg tahu. Ya Allah,redhakanlan segala yg kami lakukan, dan jadikanlah kami redha dgn sgala ketentuanMu..amin..:)

aku, harimau, buaya, tikus, dan setitik madu

Suatu hari, aku pergi bersiar-siar di tepi hutan. Sedang aku menghirup udara rimba yang segar, tiba-tiba aku terdengar satu bunyi.. "Aaauuummmmm!!!". Bunyi harimau yang kelaparan dan hanya menunggu mangsanya saja. Ah! Sudah.. Tanpa berfikir panjang, aku terus lari sekuat hati untuk menyelamatkan diri. Oleh kerana terlalu lapar, harimau itu terus mengejar aku tanpa henti. Aku berasa sangat takut. Lintang pukang aku lari. Sempat juga aku berdoa agar diselamatkan daripada dibaham harimau tadi.





Dengan kuasa Allah, diperlihatkan sebuah perigi di depan mata aku. Jadi, untuk menyelamatkan diri aku pun terjun ke dalam perigi. Perigi tu ada tali dan sebuah timba. Aku bergayut pada tali tersebut. Tali tu pendek saja. Jadi aku terpaksa bergantungan di tengah-tengah perigi. 
Di mulut perigi, harimau yang lapar tersebut menungguku. Aku pun berfikirlah macam mana nak menyelamatkan diri, sambil berdoa kepada Allah agar aku diselamatkan. Tengah asyik berfikir macam mana nak selamat, tiba-tiba aku terdengar bunyi kocakan air di bawah perigi. Ya Allah... Bertambah seram dibuatnya. Nak tahu ada apa kat bawah tu? Ada 2 ekor buaya yang kelaparan. Apalah nasib. Sudah jatuh ditimpa tangga. Lagilah aku bertambah takut. Atas ada harimau, bawah ada buaya. Gilo!

Tengah berfikir untuk mencari jalan keluar, tiba-tiba keluar seekor tikus putih dari lubang celah-celah perigi tu lalu naik ke atas ikut tali yang aku bergayut tu. Sampai kat atas, tikus tu gigit tali tu pulak. Cis, kurang ajar punya tikus. Alahhhh... Macamana ni. Pastu, keluar lagi seekor tikus yg berwarna hitam pulak. Naik mengikut tali tadi. Cit!cit! cit!cit! sampai kat atas. Tikus hitam ni pun gigit jugak tali tu. Cis, lagi seekor. Macam mana aku nak buat ni. Habislah jadi mangsa buaya.
Berfikir lagi. Kalau naik kat atas, makan dek harimau. Kalau tunggu tali putus dan jatuh ke bawah, makan dek buaya. Macam mana ni. Sedang aku terus berfikir macam mana nak selamatkan diri, Tiba-tiba terdengar satu bunyi. Bbbbbuuuzzzzzzzzzz... Bunyi lebah bawa madu. Aku pun mendongak ke langit, melihat lebah yang sedang bawa madu tu. Tiba-tiba setitik madu terjatuh dan terus masuk ke dalam mulut aku. Punyalah nikmat rasanya. Memang manis madu ni. Tak pernah aku rasa madu semanis ni. Sedap gila!

Kerana setitik madu, aku terus terlupa pada harimau yang sedang menanti di mulut perigi dan 2 ekor buaya yang menanti di bawah. Manakala tikus hitam dan putih tu terus menggigit tali yang hampir putus.

Jadi, apa yang terjadi pada aku selepas itu???



Aku yang dimaksudkan tu adalah DIRI KITA SEMUA. Harimau yang mengejar tu adalah MAUT kita. Ajal memang sentiasa mengejar kita. So, sentiasalah beringat-ingat. 2 ekor buaya itu pula adalah MALAIKAT MUNKAR DAN NAKIR  yang menanti kita di alam kubur nanti. Tali tempat bergayut tadi pula adalah JANGKA HAYAT kita. Kalau pendek talinya, maka panjanglah umur kita. Dan kalau panjang talinya, maka pendeklah umur kita. Tikus putih dan hitam tu adalah dunia kita SIANG DAN MALAM yang sentiasa menghakis umur kita. Kan tikus tu sedang gigit tali tu.

Madu... Madu yang jatuh setitik ke dalam mulut tersebut adalah NIKMAT DUNIA. Bayangkan setitik saja madu tu jatuh ke dalam mulut, terus dia lupa pada harimau dan buaya tu. Macam kitalah. Bila dapat nikmat sikit, terus lupa pada Allah. Waktu susah baru nak ingat Allah. Astaghfirullahalazim...

sama2 la kite muhasabah diri dgn cerita di ats.
moga dpt dijadikan pedoman buat kita semua :)

Monday, 30 May 2011

tOlOm aku!! =(

aku pandang sekeliling...
aku perhatikan satu-persatu
jiwa sangat dilema, konpius
diluah mata mak, ditelan mati bapak
betolkah pilihan aku?
tapi, memang KENA buat pun
sape yg nk tOlOm aku ni??
oohhh Tuhan, ak tersangatlah lemah
sdeyh oke!
nak nangessss  (dh nanges byk3 kali pn)
tapi, tetap keadaan tu tidak berubah
SANGAT TAK BERUBAH!
SANGAT BERBEZA!!!
sungguhh!! huk3
aku lemah...
jiwaku mula konpius
tapi, aku tak boley  'cmtu lg'
aku dpt rasakan setan2 mula mainkan peranan
yeah! aku dpt rasakan setan bergayut2 kt bahu aku
setan suruh aku buat ape yg Allah larang
aku terfikir, "kenape dunia ni diciptakan kalo aku 'x boley buat bnda2 tu?"
"kalo x boley, kenape diorang3 yg laen sume buat?"
"ak x boley buat ke?"
astaghfirullahalazim....
mengucap ruby..
ingt mati dh nk dekat sgt dah
kubur dah panggil2 dh tu...
dh melambai2 dh utk masuk ke liang lahad tu
nk ke kena seksa dlm kubur nnti?
nk masuk neraka ke ?
nk dapat murka Allah ke?
nak ke?? nakk???
pikir byk3 kali...kalo takOt azab neraka, ruby pasti xkn buat
percayelah
jgn hiraukan godaan syaitan tu ruby
pleaseee jgn!!!
kdg2 ade satu suara suruh aku buat bnda tu...
kdg2 ade satu suara melarang aku dr buat bnda tu...
aku jadi keliru
rase mcm baek x pyh idop kt dunia ni huk3
dh x boley buat ape yg aku suke
tapi, di saat tu jgk la aku terbace psl bnda ni



Mengapa Allah menciptakan dunia ini hanya sementara?
Kerana Dia ingin mengajar kita supaya tidak bergantung kepada sesuatu yang fana, sebaliknya kembali 
kepada Dia yang Maha Kekal. Tiadalah kekecewaan apabila menggantungkan sepenuh harapan kepada Dia.

ade firman menyatakan:

‎"Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang ada di bumi sebagai perhiasan baginya, untuk Kami 
MENGUJI mereka, siapakah diantaranya yang terbaik perbuatannya." (AL-KAHFI : 7)



yup...
kebanyakan yg ade kt dunia ni kita nak buat
tp hakitkatnya kita xleh buat bnda tu
dah byk kali ade ckp dlm quran
xleh buat bnda tu
knp mesti menghalalkan sesuatu yg haram ruby?


ade satu suare hatiku menegor aku
"try ruby bayangkan...
mase akhirat esok3 ruby tergolong dlm kumpulan yg mne?
adekah termasuk dlm golongan yg bercahaya, berseri2 mukanya sbb beriman dgn-Nya @ golongan yg bimbang, takot berhadapan ngn Allah sbb byk buat dosa ats muka bumi ni?
ruby x sabar jumpe syurga @ neraka?
ruby x sbr nk kena jilat ngn api neraka ke?
best sgt ke api neraka tuhhh rubyyy????
nyaman mcm dok dlm aircond ke???
kalo ruby takot ngn api neraka, ruby mesti tingglkn bnda2 lame tu
mesti!!! "


tapii...
aku xkuat nk hadapi sume tu? T_T sobsobsob


satu suare hatiku menyapa lagi
"oke...cmni eh ruby
ruby buat bnda tu sekejap je dpt nikmat
sekejap je rase bestnye...
pastu akn merana dlm kubur dan neraka esok2 sbb ruby x ikot perintah Allah
ruby pilih,,,
ruby nk mane satu?
dunia yg sementara @ akhirat  yg kekal abadi sleamanya?
baek ruby fikir dalam3...
jangan meyesal ruby
SUNGGUH!!!
ruby JANGAN MENYESAL SUATU HARI NANTI
jangan bile ruby dah nk mati, malaikat izrail cabut nyawa ruby baru ruby nk insaf,
nk bertaubat ats sgla yg ruby buat kt dunia ni
jgn mcm tu ruby...
dengarlah ape yg aku cakap ni!!!"
satu suara keras memberikan amaran kpd aku
aku takOt...
aku...aku...
TAK NAK MASUK NERAKA... :'(




Oh Tuhan,
hambamu ini kekeliruan
sukar mencari jalan yg benar
kerna dihasut dunia yg sementara T_T


"Harus diingat. Dunia ini juga pentas lakonan. Kita semua adalah pelakon. Directornya cuma satu, Allah SWT. Alangkah bagusnya jika kita dapat menghayati skrip kehidupan yang Allah dah beri dan arahkan pada kita di pentas dunia yang sementara ini. Agar lakonan kita nanti akan mendapat kutipan 'box office' ketika ditayangkan di pawagam akhirat nanti."



aku tgk makna ayt dlm al-Quran
boleh dikatakan SETIAP HELAIAN MUKA SURAT ade menceritakan tentang akhirat, balasan yg pedih kpd mereka yg tidak taat kpd Dia, neraka yg azab sengsara, mati, kubur dll....
aku takOt, aku takOt, aku takOt
ak xnak masuk dlm neraka, TAK NAK333!! T___T

ya Allah, tetapkanlah iman aku, tetapkanlah pendirian aku, 
matikanlah aku dalam keadaan iman dan Islam ya Allah
kuatkanlah hatiku...
pimpinlah aku ke jalan yg benar
ke jalan yg diredhai oleh-Mu
=( =( =(





:'(

Sunday, 29 May 2011

pesanan dari si dia ^_^

assalamualaikum.... 

ni nak citer cket ni...
tadi aku ade terima sekeping surat taw
tapi aku xtaw siape yg hantar surat tu
aku xtw dari mane surat tu datang
xde pulak setem yg menyatakan dr negeri mane
tibe2 surat tu dh ade dlm peti surat aku..
comel je surat tu...
siap ade reben2 biru purple lg hehe ;p
name ats surat tu dh tertulis dah name Rabiatul Adawiyah Bt Zahariman
nk sangat tahu pe yg terkandung dlm surat tu
aku cpt2 bukak surat tu
x sabar sgt nk bace ni...! :D


Pesanan buat si dia.....
(si dia tu aku yep..yg bername Rabiatul Adawiyah ini) =)

Tolong beritahu si dia aku ade pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia cinta agung adalah cinta-Nya 
Tolong beritahu si dia cinta manusia bakal membuatnya alpa
Tolong nasihati si dia jangan menyintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya
Tolong nasihati si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakana pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya
Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya
Tolong sedarkan dia aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya
Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta yang suci terjaga
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya
Takkan dia rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat Yang Esa
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dgn Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan kpd si dia krn aku tak mampu beritahunya sendiri

cmtu la lbeyh kurang surat tu berbunyi...
ade lg ckit si dia pesan kt aku ni...
dia pesan....:

"awak, awk MESTI ingat Allah selalu, dgn mengingati Allah hati awk akn menjadi tenang
buat ape yg Allah suruh, tinggal ape yg Allah larang yee, dgn itu awk akn selalu akn dpt keberkatan dlm hidop, akn sentiasa dpt rahmat dan kasih sayang dari DIA YANG SATU, dan awk akn sentiasa dpt keredhaan dari DIA taw"

Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim
Lindungilah imanku Ya Allah, lindungilah iman dia Ya Allah, lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini walaupun ku tidak kenal siapa dia
Amin…Ya Rabbal alamin…



hmmm..aku xkenal siape dia yg hntar surat tu kat aku
aku xtw dia tu siapa, dia pn xtw aku ni siapa huhu
meby dia jodoh aku yg sudah termaktub dlm alam roh lg kot? heee
Insya Allah, aku akn dengar ape yg dia pesan spanjang aku hidop ni
Insya Allah..moga Allah sentiasa pimpin aku ke jalan yg benar
doakan2 la ye...
ngeeee~ ;p





indahnye kalo cinta bersulamkan keimanan. bukan nafsu semata-mata.
izinkan daku mencintai lelaki pilihan-Mu, yg boleh mendekatkan hati aku ni kepada-Mu
(jiwang lak tetibe)


Cinta, karya indah Sang Pencipta
Dimulakan di syurga
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa
Dengan kadar yang berbeza

Cinta sebenarnya tidak buta,
Cinta adalah sesuatu yg murni, luhur dan diperlukan
Yang buta adalah bila cinta menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan
CINTA, MENYINTAI, atau DICINTAI adalah lumrah sifat kejadian manusia
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kpd individu itu sendiri
Pilihan adalah terpulang kpd agama kita,
Jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati,
Dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

Jangan tertarik kpd seseorang krn rupa parasnya dapat menyesatkan,
Jangan pula tertarik kpd kekayaannya krn kekayaan akn musnah,
Tertariklah kpd seseorang yg dpt membuatmu tersenyum krn hanya senyuman yg dpt membuat hari2 yg gelap menjadi cerah.
~mencintai dia kerana si dia mencintai DIA YANG SATU adalah kebahagiaan abadi, kebahagiaan hakiki hingga ke syurga~ =)))
(bukankah itu yg kita inginkan selama ini) :)

notakaki: jadilah umpama bunga yg ade dlm bekas kaca.. indah dipandang tp hanya org istimewa je yg dpt memegangnya =)




Wednesday, 25 May 2011

AKU DAH DAPAT JAWAPAN TU!!!!!!!!

Assalamualaikum w.b.t


kan ak ade ckp sblom ni ak mimpi tentang LAILAHA ILLALLAH dengan tulisan BESAR SANGAT kt langit dgn tulisan kaler putih kan...
kanan, kiri, dpn, belakang sume ade p'kataan LAILAHA ILLALLAH tu..tulisan besar2 plak sumenye tu..
mmg ak tahu maksud Lailaha Illallah adalah 'Tiada Tuhan melainkan Allah'
tapiii...
ak xphm snanyer tntng mksud mimpi tu...
knp Lailaha Illallah???
selame ni ak cume cari kalimah Allah je kt langit, bukan Lailaha Illallah
tibe2 mmpi mcm tu...
selalu terfikir ape mksud mimpi tu snanyer
lain dr mimpi yg lain


semalam aku kuar ngn kwn aku..
dia ajk teman p kb
ak pn p la kuar ngn dia
ak ade ceritakan kpd kwn aku perihal mimpi tu
dia ckp "mesti ade mkna kalo mmpi mcm tu"
"Allah syg sgt3 kat bie tu"
dlm hati ak terharu, aku mengucapkan Alhamdulillah byk3 kt Tuhan


pastu singgah Ja'far Rawas (JFR) jap..nk beli quran tafsir ngn buku2 tentang islam
selama ni ak xpernah teringin nk msuk kt kedai (JFR) tu..
dulu bg aku kedai tu sgt boring, ade buku agma , cd agma je, xde pn bku novel ke majalah ke yg boley mmbuatkan ak tertarik nk g sana 
ak sangat terok! :'(
hmmm masuk je dlm kedai tu, ak tgk byk sngt buku2 agma dlm kedai tu
banyak sgt buku2 kt situ! first time ak betol2 masuk dlm kedai ni
rambang mata dibuatnye nk pilih yg mne satu
ak dan kwn aku berpecah..dia g alik sana, aku  g alik sini utk tengok buku
lame kemain ak nk pilih..


kat situ ade jgk buku pasal tafsir mimpi mengikut islam kalo ak x silap
ak belek2 jap isi buku tu
nk tengok ade tak mimpi yg baru je ak mimpi pagi tadi dlm buku tu...
tengok isi kandungan xde plak yg b'kaitan
hurmm..xpe la...pastu ak teros g tgk buku2 laen plak yg byk tersusun kt siitu
tiba2 datang kwn ak yg td,
dia ade bwk buku jgk tentang tafsir mimpi
tp buku tu berbeza dgn buku yg ak tgk sblomnye td
dia gtaw aku nk cari pe makna mimpi yg aku mimpi tu
cari punye cari xjumpe pn maksud mimpi tu..
hmm xpela..
dlm aty ak ckp "Allah je yg taw ape sbenarnye mksud mmpi tu"
pilih pnye pilih buku2 yg byk tu..
last2 sekali ak tertarik dengan buku yg b'tajuk 'himpunan kisah-kisah malaikat' dan 'indahnya kematian'


balik umah tu..ak bace buku psl 'himpunan kisah-kisah malaikat' dulu...
best sgt buku ni !!
mcm2 crita yg ade dlm buku ni
membuatkan ak makin pasti, makin percaya yg malaikat tu betol3 wujud kt dunia ni..cuma kita je yg xnmpk
dulu, ckp je 'beriman kpd malaikat' tp aku sndiri xphm beriman mcm mne nye ak ni kt malaikat?? 
setakat ckp kt mulut je beriman..hmm


bace pnye bace
pastu ade perihal yg menceritakan psl Lailaha Illallah ni
begini bunyinya...


"Diriwayatkan oleh Imam Ahmad, dari Rabiah bin Ubad, seorang yang mengikut cara jahiliah kemudian masuk Islam, beliau berkata: "Pada masa jahiliah (sebelum Muhammad diangkat menjadi Rasul) aku melihat Rasulullah SAW berada di pasar Zul Majaz. Aku melihat baginda berkata kpd org ramai: "Wahai sekalian manusia, ucapkanlah LAILAHA ILLALLAH supaya kamu beruntung". 


pastu aku teringat...
" eh, aku ade mimpi psl Lailaha Illallah......maksudnye???


mmg x dinafikan ssejak kebelakangan ni ak kerap kali terfikir tntng mendalam ape itu Islam sbenar3 nye..pk dan pk dan Alhamdulillah ak dh dpt jmpe HIKMAH knp Allah melarang kita dr bwt sesuatu yg DIA x suka dan munyuruh kita bwt ape yg Allah suka. dan drp situ ak baru tahu bertapa INDAHNYA ISLAM. :)


adakah mksud mimpi Lailaha Illallah tu nk gtaw kt aku bhw aku ni adlh golongan yg bruntung sebab....................................?????






gambar dari en. google.
 pohon-pohon membentuk kalimah Lailaha Illallah dlm kalimah base arab
Subhanallah.
Allah Maha Besar.
Allah Maha Agung.
Allah.
Allah.
Allah.
( aku takot senanyer tgk gambar2 cenggini. takjub. kagum )
Dia Maha Hebat. :')



"sungguh, bukti2 yang nyata telah datang dari Tuhanmu. Barangsiapa melihat(kebenaran), maka bermanfa'at lah bagi dirinya dan barang siapa buta(tak lihat kebenaran itu)maka rugilah ia..." [al-An'am:104]


wallahu a'lam..
DIA yg taw segalanya...
terima kasih Ya Allah..
Engkau yang maha pengasih lagi maha penyayang :')




Bila ALLAH detikkan hatimu, bukalah pintu hati tersebut kerana percayalah dirimu insan yang sangat bertuah. :')

Monday, 23 May 2011

Entahlaaa....

Entahlaaa...
ak xphm ngn diri ak sekarang
suka ckp sorang2
selalu je bermonolog dlm aty sdri
suke pk sorang2...
kdg2 rse mcm t'lalu kuat berimaginasi
kdg2 rse pening kepala pk bnda ni
kdg2 sng je air mata nk keluar sbb pk bnda2 ni

entahlaaa...


Entahlaaa...
byk snanyer yg ak nk pk pk dalam2 dan pk lg
byk lg yg ak kena kaji, kena dalami lg
antara lurus dan bengkang-bengkok
cmne nk cte eh
entahlaaa...


Entahlaa...
susah ak nk cte ape yg ade dlm otak ak wlupon nk taip kt cni skalipon
susah nk gtaw,
ssh nk gambarkan pe yg ade dlm otak ak skrng ni
entahlaaa...


knp xnk trima wlupon dh tw bnda tu sgt salah di sisi agma?
ruby ooooohh ruby!
tolom la pk dalam3 dan dlm lg
muhasabah dri mu tu ruby
ade hikmah ah sume tu
ad hikmah bakpo Allah larang bnda tu
rubyyyy.....pikir rubyyy! T_T


hurmmm....
xpe je kalo awk xphm...
sbb sy pn xphm dri sy sndri
sy pn pnah duk tmpt korang
sy pnah rse mcm boring gile je dgr cte slh sorg kwn sy ni
bkn boring, tp mcm t'pk "knpe die ni mcm ni?":
"ape yg die nk pk sgt smpai mcm tu skali??"
"aisy, pelik la awk ni"
"jgn la pk smpai mcm tu sekali..."
okeyh..dan sekarang sy sndri yg mcm tu
baru sy mngerti knp dia pk smpai mcm tu skali


*****
ak suke tengok langit...sukkee sangat
nk tgk langit 1 jam  pn xpe...
pastu mula la t'cari2 awan
nk tgk ade ke x yg dpt membentuk kalimah Allah dlm bahase arab
nk tgk ade ke x gmbr2 org yg tgh sujud @ rukuk @ membace kitab2 quran @ yg sdg menangis @ ape saje....
tapiii...kalo ak ade tgk sumtim yg pelik ke kt langit
ak x kn gtaw org len...
ak tw, kalo ak ckp pn, msti diorng pk pelik kt aku :'(
lebih baek ak x ckp ape2...
diam dan tgk je bnda tu ...
meby ak ni t'lalu byk tengok @ pk psl keajaiban Allah kt internet kot
sbb tu jd mcm ni... 
baru je pg td ak mimpi lg..
mimpi t'lihat sesuatu kt langit.. (wktu tu dh malam)
ade perkataan LA'ILAHA'ILLALLAH..tp tulis dlm bhasa arab kt langit tu..
byk sangat perkataan tu...
BESAR_BESAR SMUANYA perkataan tu...bkn kecik2 je
mksudnya kalo tgk mcm tu je dh nmpk tulisan La'ilaha'illallah tu...
bkn satu tapi byk...
kiri kanan dpn belakang smua ade kalimah tu kt langit...
kalimah tu warna putih...sangat besar
bwt ak takjub dan kagum!


*****

aritu mak ak suruh ak buang IKAN YG X ABES smlm kt tmpt  bkr smpah tepi umah
ak plak t'clap phm, abes ak buang PERUT IKAN yg busuk  kt bkr smpah...
ofkos la byk lalat2 yg mengelilingi perut ikan yg busuk tu kan
(mak ak ngepek la weh heeee....
mak ak suruh kambus balik perut ikan tu
byk gilee lalat2 kt ctu
nk g kt ctu pn rase sgt la geliiii
tibe2 ak t'fikir....
"ni baru lalat, kalo kt kubur nnti bkn lalat tp ULAR dan KALA JENGKING yg ade kt sna"
"lalat x sakit tp ular dan kala jengking tu SANGAT BERBISA" 
tengok ular @ kala jengking pn kite dh lari 500meter kan
pastu, time nk kambus perut ikan tu, tetiba je ak t'kena gigitan semut api...
aduuuhhh...sakit + gatal...ak cpt3 lari dr ctu..
pastu ak t'pikir, 
"ni baru semut api yg gigit2 manja kt aku...ak boleyh lagi lari...tp kalo kt dlm kubur esok, kalo ak kena gigit ngn ular & kala jengking mcm mna?? mesti TAK KAN DAPAT lari punya...kubur tu kecik je, mcm mna ak nk lari? nk mntak tolom ngn sape? mesti sakitnya teramat sangat..."
ak insaf... T_T


*****

aritu ak, mak serta adik ade g bachok pastu kena balik mlm...
dlm kul 11 lbeyh kot dlm p'jlnn tu
kt kwsn tu kan byk bukit bukau kan
lihat bukit2 dlm keadaan gelap mmg menyeramkan
SANGAT SERAM!
mcm tengok satu lembaga yang sangat besar...
pastu t'fikir dlm aty...
"ni baru bukit bukau yg xleh bergerak..xleh nk terkam org.lgpon mse ni kalo 'bukit' tu nk terkam kite boley lariii lagi.
tapiii...
kalo dlm kubur nnti, ade malaikat yg pukul2 kita kalo amalan kita kt dunia terok.ade malaikat yg SEKSA kita tnpa hiraukan kita sakit @ x... kita dh xleh lari da mse tu..wlupon sakit mcm mna sekalipon!! T_T
kn wktu tu dh mlm...mak mengantok time bawak keta tu
pastu tetiba je ak nampak lori kt dpn keta mak
sangat dekat lori tu..xsmpai 3meter kot
lori tu dtg dr arah bertentangan..
adk ak dk tgh tdo mse tu..
nseb baek ak xtdo mse tu...ak menjerit kt mak "mak, lori kt dpn tu"!!!
mak t'sedar n then terus alih stereng dia ke kiri jln...
ALLAH MAHA KUASA
Alhamdulillah terselamat...ak xdpt bayang kalo ak tdo mse tu..
mesti ak dh xde kt dunia ni..terperosok bwh lori tu
xsmpat nk btaubat padahal dosa setinggi gunung T___T

ade dengar ustaz ckp dlm tv...
"azab mati kita bergantung kpd amalan kita di dunia
kalo mase di dunia, kita byk patuh kpd perintah Allah, kurang dosa, azab tu akan diriingankan
kalo mase di dunia kita byk langgar ape yg Allah larang, banyak dosa, azab tu akan diberatkan..."
Ya Allah, ak takot..ak insaf... T__T

banyak bnda yg ak fikir...
banyak dan banyak banyak....


xpe org laen xphm perasaan ak sekarang,
tp ALLAH FAHAM!! ALLAH FAHAM!! ALLAH FAHAM!!
xde sesape yg mengerti melainkan ALLAH, ALLAH, dan ALLAH!!!
org laen xkn phm kalo ak ckp perasaan ak sekarang kt diorang...
xtaw nk mengadu kt sesiape melainkan DIA
doa kt ALLAH byk3 ruby
(kadang2 rase sangat sdeyh sbb xtw nk luah ape yg ade kt dlm hati ni kt sape) :'(
Ya Allah.............................................................................






Allah sentiasa di sisi kita. sentiasa ade waktu kita sangat memerlukan-Nya.
Ya Allah....... :'(


"LA TAHZAN, INNALLAHAMA'NA"
"jgn menangis, sesungguhnya Allah ade bersama kamu" 


**‎‎"Apa yang datang, apa yang perlu difikirkan dengan lebih serius, apa yang perlu dipilih, apa yang tidak pernah difikirkan lalu perlu difikirkan ...... Hadapi segala-galanya dengan tenang."


hurm..xpernah t'fikir psl2 bnda mcm ni dulu...
ya Allah, mcm mna nk ckp eh...
Entahlaaa...
DIA yg lebih mengetahui segalanya...


dengarkan ini...


SAUJANA-JIKA TERAKHIR BUATUKU





Oh Tuhan
Hambamu ini kekeliruan
Sukar mencari jalan yang benar
Kerna dipaut hasut dunia
Mencintai yang lain lebih dari-Mu

Oh Tuhan
Hidayah-Mu pernah hadir
Hingga kering air mataku menitis
Namun terkadang aku berpaling
Kerna mengejar nikmat dunia sementara


Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakan-Mu
Hadirkan damai
Sebelom di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku mentiti ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi janji2 yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Hari ini ku bimbangi
Jika terakhir hidup
Adakah lagi subuh esok
Untuk ku bernafas
Dan sujud mengabdi pada-Mu
Oh Tuhan

Berikan daku kesempatan
Menebus kesalahan
Lantaran dosa dan noda
Dan sengaja melupakan-Mu
Hadirkan damai
Sebelom di hujung nafasku

Oh Tuhan
Berikan daku petunjuk-Mu
Untuk ku mentiti  ke jalan redha-Mu
Izinkan daku mengulangi janji2 yang baru
Taubat nasuha setulus untuk-Mu
Oh Tuhan

Rahmat kasih-Mu oh Tuhan
ampunan-Mu ku damba.........


perenggan demi perenggan,
ayat demi ayat,
patah demi kata utk lagu kt ats tu cukup utk menggambarkan diri ak sekarang ni...! 
Ya Allah........................................................................................

Thursday, 19 May 2011

Alhamdulillah....syukur =)

"Beruntunglah mereka yang ditegur demi kebaikan yang tidak mereka lihat. Allah telah menghantar seseorang untuk menegur, moga dengan itu jika dia menerima teguran, Allah akan lapangkan dadanya dan masukkan taufiq dan hidayahNya. Ada pun yang berpaling dari teguran dan kemudian memarahi orang yg menegurnya, dikhuatiri Allah menggelapkan hatinya yang sudah hampir mati.."



Alhamdulillah...moga2 kita t'masuk dlm golongan yg pertama tu...
dpt rahmat,taufik,hidayah,dan petunjuk dari DIA >.<

terima kasih 'AWAK'
sama ada awk sedar @ x,awk dh merubah kehidupan sy skrng ni
sayang AWAK..
sy hrp Allah balas jasa baek awk...
meby awk x sedar yg 'awak' dh ubah khidupan sy skrng ni...
meby awk x sedar yg awak adlh penghantar dr-Nya utk sy...
meby awk x sedar, sy selalu skodeng blog awk yg bnyk manfaatnya tu...
meby awk x sedar, awk dh byk nasihatkan sy secara halus smpai kdg2 air mata sy mengalir bace blog awk
meby awk x sedar, awk dh insafkan sy dan menyedarkan sy tentang ape yg sy buat selama sy idop ats muka bumi Allah ni
meby awk x sedar... dan xkan sedar
sebab sy takkan bgtaw awk...
sy malu !! >.<
tp sy dh ucap terima kasih byk3 kt awk
wlupon awk pn pening aritu kn knp sy perlu ucap terima kasih kt awk huhuhu 
terima kasih awak...
IKHLAS dr lubuk hati sy yg plg dalam...
semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas awk 
wlupon sy xknl sgt dgn awk..terima kasih awk 
TERIMA KASIH :')

teringat lagi waktu dulu...
sy suke sangat skodeng blog awk
sy dh knl awk sjak dr form5 lg (tu pn knl gtu2 je)
sy tgk dgn mata sy sndiri yg....
awk dh berubah ke arah yg lbeyh baek..
awk berubah cikit3....
tp lme2 dh jd bukit dh
sy t'kjot tgk 'awak' yg baru
jaohhhhh lbeyh baek dr awk yg dlu
TAHNIAH utk awk =)
(nk jd mcm awk boley x?) >.<

dia snanyer dtg dr sekolah biase....bkn skola agama
tp, sekarang dia jaoooohhhh lbeyh baek dr aku T_T
rase diri sgt hina...
name je dtg dr skola agma,tapi x mcm budak skolah agama =.= (tuju utk diri ak sendiri)
ak bace je blog dia..baca dan bace...
insaf tu ade..tp sekejap je...pastu buat balik
manusia...manusia mmg mcm tu...
kejap iman naek,pastu iman turun mendadak T_T
ade hadis ckp...
"kalo hati dh t'niat nk buat kebaikan, terus je kita bwt kebaikan tu..."
(sory,sy xingt sape yg ckp,tp tu la lbeyh kurang hadis tu berbunyi)
maksudnya, kalo hati kita dh t'niat nk bwt kebaikan, bwt je terus cpt2 kebaikan tu..
contohnya, kalo hati t'niat nk semayang awal waktu, dan kebetulan plak pd mse tu baru je msuk wktu zohor, so,terus je amek smayang n den solat zohor..
jgn tangguh2 niat kte yg baek tu...
sebabnye.... 
hati kite x consistent...
mungkin saat ni kite nk buat baek,tp meby jgk jap2 lg kite dh xnk bwt bnda baek tu...
meby pd wktu ni je hati kite t'detik nk smayang awl wktu, meby jap2 lg kite rse mls sgt nk smayang awl wktu
so, kalo kte wt trus amal kebaikan td, kte akn dpt terus pahala kebaikan..(aslkn niat ikhlas krn ALLAH)
dan satu lg...
semakin kte munuju ke arah kebaikan, ke arah yg Allah suka.. semakin Allah akn tunjukkan jalan yg lurus kpd kita tnpa kita sedar @ x..
CONTOH : lps je kita solat awal wktu tu, pastu tetiba je t'gerak aty kita nk sentuh Quran..nk baca Quran...wlupon pd mulanya kita x t'niat pn nk bce Quran lps smayang...dr situ kita dpt tgk yg Allah dah tunjukkan jln yg lg lurus kpd kita sama ada  sedar @ x..
kita bwt bnda yg Allah suka, Insya Allah, Allah akn bg lg rahmat-Nya kt kita... 
SUNGGUH!
DIA YG MAHA KUASA ats segalanya...
terima kasih ALLAH :')

ermm..ermm..berbalik pd cerita ak td
ak suke bace dlm blog dia sbb dia suke taip bnda2 yg boley insafkan ak (wlupon insaf sekejap)
pastuh....dlm byk2 blog ni..ak t'sentuh dgn kata2 dia iaitu...
" kalo nk lelaki yg baek, kita kna la berubah ke arah yg lbeyh baek dahulu"
ayt die bwt ak t'sentak...
bwt ak pk dlm3 dan dalam lagi....
yee...mmg ak tak nafikan yg ak nk laki yg baek,laki yg boleh jd imam ak, laki yg taat pd agma, laki yg jaga semayang, laki yg hormat ibubapa, laki yg baek ahlak dan perangai..semua yg baek2 la kalo boley ak nk...
tappiii....
sedar x aku???
sdr x ak bknnye TERBAEK utk dptkn yg TERBAEK...
ak bknnye org BAEK utk dpt yg BAEK
siape je ak ni?
byk wt dosa dr pahala =(
ilmu agama pn kurang utk dptkn org yg taat pd agma...
banyak lg yg perlu ak pelajari...
Allah pn ade ckp dlm Al-Quran
"lelaki yg baek adlh utk perempuan yg baek dan perempuan yg baek adalah utk lelaki yg baek"
siapa kita sekarang adalah yg menentukan siapa bakal suami kita utk akn dtg...
kalo kita terbaek, kita akn dpt suami terbaek
kalo kita baek, kita akn dpt suami yg baek...
kalo kita terok, kita akn dpt suami yg terok T_T
bukan nk ckp psl suami sgt kt cni..
cuma...
ak sedar yg ak salah konsep selama ni...
nk je laki baek tp ak sendiri tak berubah ke arah kebaikan..
hurmmm..kalo teros mcm ni, mcm mna ak nk dpt laki yg baek??
ak try...try berubah utk dpt yg t'baek...
(mula2 tu niat ak utk berubah...sbb nk dpt laki yg baek)
lama kelamaan niat tu b'tukar...
niat ikhlas krn Allah...
dan membuatkan ak semakin t'cari2, t'tnya2 ape itu ISLAM sebenarnye...
semakin nk tahu lagi tentang Allah dan Nabi Muhammad S.A.W kita
semakin nk taw...nk taw..nk taw lg..
(tengok,! sgt JAHIL kn aku ni)  =(
sangat terok la budak RABIATUL ADAWIYAH neh!...hurmmm
makin mendalami tntg ajaran Islam, membuatkan ak makin memahami,mengerti tntg Islam
makin terasa ingin dekat dgn Tuhan
makin rasa takjub,kagum dgn ciptaan Allah
makin t'fikir yg kehidupan kt dunia adalah sementara,
sementara menunggu hari akhirat yg kekal abadi kt sana
makin ak tw dunia bkn segala2nya...
makin rasa t'haru dgn kasih sayang nabi Muhammad
makin ak tw Nabi Muhammad teramat sygkn ummat dia...
mase Nabi nk mati pn, sempat lg baginda ckp "ummati...ummati"
mase malaikat cabut nyawa baginda pn sempat lg baginda ckp "cabutlah nyawa aku dengan rasa sakit sekali, tp jangan cabut nyawa umat ak dgn rasa sakit begini"
terharu dgr nabi ckp mcm tu... =(
makin ak tw dr cara hidup Nabi, byk yg ak salah konsep selama ni
makin rasa byk bnda yg perlu ak ubah
memang, memang BANYAKK sgtt yg MESTI ak ubah !!


kasih sayang Allah dan Nabi melebihi segala2nya...
tp, adakah ak pasti yg ak jgk syg Allah dan Nabi??
dgn cara apa ak tunjuk bhw ak sygkn Allah dan Nabi??
solat awl wktu?
berzikir?
membaca quran?
qiamullail?
selawat?
ape je yg ak bwt selama ak idop???? T___T

terasa diri mcm jahil sgt sbb xtw sgt psl Islam
yg ak tw dr sudut luaran sje...
x hayati betol ape itu ISLAM sebenrnye...
banyak sebenrnye yg ak perlu belajar..
banyakkkkk sgt333....
(rase mcm baru masuk Islam) huk3
rase mcm menyesal plak x mendalami btol2 pe yg ak blaja kt skola agma dlu..
dan skrng ak btol2 rndukan skola ak yg dulu...
rndu nk blaja blik agma2 yg ak blaja dlu
rndukan kwn2 ak yg selalu nchatkn aku..(syukur dpt kwn sebaik diorang)
rndu ustaz dan ustzh2 aku...
rndu nk dgr nchat dr diorang.. huk3 >.<


tp ak tw Allah itu maha pengampun lg maha penerima taubat..
DIA sentiasa membuka pintu taubat utk setiap hamba-Nya
sentiasa bersedia memberi kemaafan kpd hamba-Nya wlupon hamba DIA selalu bwt dosa dan kemurkaan ats muka bumi ni

"Kepunyaan Allah-lah segala apa yang ada di langit dan di bumi. Dan jika kamu melahirkan apa yang ada di dalam hatimu atau kamu menyembunyikannya, niscaya Allah akan membuat perhitungan dengan kamu tentang perbuatanmu itu. Maka Allah mengampuni siapa yang dikehendaki-Nya; dan Allah Maha Kuasa atas segala sesuatu." (QS. AL BAQARAH:284)








mustahilkah utk melakukan perubahan??


ak copy paste dr article iluvislam ni...:

Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?
"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37
"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62
Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.          
Yang mana lebih kita kejarkan? Perubahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.
Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang penuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.
Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:
"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"
Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.
Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.
"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2
Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?
Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.
Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.
Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.

nak selitkan benda ini jugak..

Bila Jadi Jahat, Orang Benci.. Bila Jadi Baik, Orang Meluat..
Bila kita ikut suruhan agama.. ada orang kata kita belagak alim..
Bila kita langgar suruhan agama.. ada orang kata "Astaghfirullah.. apa laaa nak jadi.. nak kiamat dah kot?..."..

Bila kita ikut peraturan.. ada orang kata kita skema..
Bila kita langgar peraturan.. ada orang kata kita ni macam takde masa depan..

Bila kita tegur dengan baik.. ada orang kata kita ni bajet bagos..
Bila kita tegur dengan kasar.. ada orang kata kita ni kurang ajar..

Bila kita pakai sopan-sopan.. ada orang kata kita ni 'kampongg gilerr'..
Bila kita pakai 'dedah sana-sini'.. ada orang kata kita ni takde harga diri sebab tayang free..

Bila kita bagi nasihat.. ada orang kata "jangan sibuk jaga tepi kain orang, boleh?!..."..
Bila kita sindir-menyindir.. ada orang kata "tak reti bagi nasihat leklok?.."..

Bila kita tolong buat kerja.. ada orang kata "yang sebok sangat nak tolong buat keja orang lain ni watpe!?"..
Bila kita tak tolong apa-apa.. ada orang kata "apsal pemalas sangat ni? tolong pun susah ke?"..

Dan sebenarnya ramai orang lain tak berpuas hati dengan diri kita. Apa yang kita buat semua salah.. semuanya tak betul di mata mereka.. Kalau buat salah sudah tentunya salah.. tetapi jika buat baik pun masih ada yang mengata.. ingat pesanan ini :-

Keputusan yang kita ambil, langkah yang kita mula.. perkara pertama yang perlu kita fikirkan ialah pandangan Allah SWT terhadap kita.. bukan pandangan manusia..

Kesimpulannya....
sungguh, nk berubah bkn perkara yg senang
TAPI,
TIDAK mustahil utk berubah kan??
kalo kita boley berubah dr org yg mls nk study kpd org yg lbeyh rjin study
kita juga boleh berubah dr seorng yg jahil tentang ilmu akhirat kpd org yg lebih berilmu tntng hari kiamat nnti
insyaAllah..dgn izin-Nya
kita sendiri knl siapa diri kita
org laen xboley nk kata apa-apa kt kita kan..
nk kata apa2 pn kata lah...
sungguh diri ini x kisah dah
diri ni dh letih nk dengar ckp2 orang laen
biarlah org nk kata apa sekalipun, 
kalo kta bwt bnda baek,go on..teruskan.
trima je kata2 diorang dgn hati yg t'buka oke ruby ^^
mulut diorang mmg xkn dpt ditutup
jgn pandang belakang.
jgn dengar kata2 org...
fikir pandangan Allah t'hdp kita,bkn manusia
aslkn niat hati IKHLAS krn ALLAH
(kata2 semangat utk diri sendiri)



*sama2 muhasabah diri, sama2 perbaiki diri*


ya Allah, 
jangan Engkau palingkan hati aku setelah Engkau berikan hidayah-Mu kpd ku..
moga ak sentiasa dalam rahmat dan dalam redha-Mu................... 




notakaki: aritu ade mimpi psl langit...tibe2 awan kt langit tu membentuk p'kataan "lailahaillah,muhammadulrosulullah"..maksudnye, "tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad itu pesuruh Allah".p'kataan tu dlm bhase arab...Subhanallah,xsangka dpt mmpi mcm tu.ade hikmahnya mimpi tu.. >.<