Sunday, 29 May 2011

pesanan dari si dia ^_^

assalamualaikum.... 

ni nak citer cket ni...
tadi aku ade terima sekeping surat taw
tapi aku xtaw siape yg hantar surat tu
aku xtw dari mane surat tu datang
xde pulak setem yg menyatakan dr negeri mane
tibe2 surat tu dh ade dlm peti surat aku..
comel je surat tu...
siap ade reben2 biru purple lg hehe ;p
name ats surat tu dh tertulis dah name Rabiatul Adawiyah Bt Zahariman
nk sangat tahu pe yg terkandung dlm surat tu
aku cpt2 bukak surat tu
x sabar sgt nk bace ni...! :D


Pesanan buat si dia.....
(si dia tu aku yep..yg bername Rabiatul Adawiyah ini) =)

Tolong beritahu si dia aku ade pesanan buatnya
Tolong beritahu si dia cinta agung adalah cinta-Nya 
Tolong beritahu si dia cinta manusia bakal membuatnya alpa
Tolong nasihati si dia jangan menyintaiku lebih dari dia mencintai Yang Maha Esa
Tolong nasihati si dia, jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati Yang Maha Kuasa

Tolong nasihati si dia, jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan ibu bapanya
Tolong nasihati si dia, dahulukan Allah kerana di situ ada syurga
Tolong katakana pada si dia, dahulukan ibu bapanya kerana di telapak itu syurganya
Tolong ingatkan si dia, aku terpikat kerana imannya bukan rupa
Tolong ingatkan si dia, aku lebih cintakan zuhudnya bukan harta
Tolong ingatkan si dia, aku kasihinya kerana santunnya
Tolong tegur si dia bila dia mula mengagungkan cinta manusia
Tolong tegur si dia bila dia tenggelam dalam angan-angannya
Tolong tegur si dia andai nafsu mengawal fikirannya
Tolong sedarkan dia aku milik Yang Maha Esa
Tolong sedarkan si dia, aku masih milik keluarga
Tolong sedarkan si dia, tanggungjawabnya besar pada keluarganya
Tolong sabarkan si dia andai diri ini enggan dirapati kerana menjaga batasan cinta
Tolong sabarkan si dia, bila jarak menjadi penyebab bertambah rindunya
Tolong pesan padanya, aku tidak mahu menjadi fitnah besar kepadanya
Tolong pesan padanya aku tak mahu menjadi punca kegagalannya
Tolong pesan padanya, aku membiarkan Yang Esa menjaga dirinya
Tolong khabarkan pada si dia, aku tidak mahu melekakan dia
Tolong khabarkan pada si dia, aku mahu dia berjaya dalam impian dan cita-citanya
Tolong khabarkan pada si dia, jadilah penyokong dalam kejayaanku
Tolong sampaikan pada si dia, aku mendambakan cinta yang suci terjaga
Tolong sampaikan pada si dia, cinta kerana ALLAH tidak ternilai harganya
Takkan dia rasai indahnya cinta andai tiada cinta buat Yang Esa
Tolong sampaikan pada si dia, hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungan dgn Yang Maha Kuasa
Tolong sampaikan kpd si dia krn aku tak mampu beritahunya sendiri

cmtu la lbeyh kurang surat tu berbunyi...
ade lg ckit si dia pesan kt aku ni...
dia pesan....:

"awak, awk MESTI ingat Allah selalu, dgn mengingati Allah hati awk akn menjadi tenang
buat ape yg Allah suruh, tinggal ape yg Allah larang yee, dgn itu awk akn selalu akn dpt keberkatan dlm hidop, akn sentiasa dpt rahmat dan kasih sayang dari DIA YANG SATU, dan awk akn sentiasa dpt keredhaan dari DIA taw"

Ya Allah Ya Rahman, Ya Allah Ya Rahim
Lindungilah imanku Ya Allah, lindungilah iman dia Ya Allah, lindungilah iman kami berdua sepanjang perhubungan ini walaupun ku tidak kenal siapa dia
Amin…Ya Rabbal alamin…



hmmm..aku xkenal siape dia yg hntar surat tu kat aku
aku xtw dia tu siapa, dia pn xtw aku ni siapa huhu
meby dia jodoh aku yg sudah termaktub dlm alam roh lg kot? heee
Insya Allah, aku akn dengar ape yg dia pesan spanjang aku hidop ni
Insya Allah..moga Allah sentiasa pimpin aku ke jalan yg benar
doakan2 la ye...
ngeeee~ ;p





indahnye kalo cinta bersulamkan keimanan. bukan nafsu semata-mata.
izinkan daku mencintai lelaki pilihan-Mu, yg boleh mendekatkan hati aku ni kepada-Mu
(jiwang lak tetibe)


Cinta, karya indah Sang Pencipta
Dimulakan di syurga
Dirasukkan dalam jiwa Adam dan Hawa
Lalu dianak-pinakkan ke setiap jiwa
Dengan kadar yang berbeza

Cinta sebenarnya tidak buta,
Cinta adalah sesuatu yg murni, luhur dan diperlukan
Yang buta adalah bila cinta menguasai dirimu tanpa suatu pertimbangan
CINTA, MENYINTAI, atau DICINTAI adalah lumrah sifat kejadian manusia
Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kpd individu itu sendiri
Pilihan adalah terpulang kpd agama kita,
Jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati,
Dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

Jangan tertarik kpd seseorang krn rupa parasnya dapat menyesatkan,
Jangan pula tertarik kpd kekayaannya krn kekayaan akn musnah,
Tertariklah kpd seseorang yg dpt membuatmu tersenyum krn hanya senyuman yg dpt membuat hari2 yg gelap menjadi cerah.
~mencintai dia kerana si dia mencintai DIA YANG SATU adalah kebahagiaan abadi, kebahagiaan hakiki hingga ke syurga~ =)))
(bukankah itu yg kita inginkan selama ini) :)

notakaki: jadilah umpama bunga yg ade dlm bekas kaca.. indah dipandang tp hanya org istimewa je yg dpt memegangnya =)




No comments:

Post a Comment