Sunday, 12 June 2011

'PUTIH' pengakhirannya

Assalamualaikum w.b.t


Mudah.
Memang lumrah manusia.
Bila yang baru menjadi utama dari yang lama.
Dia,mereka,kau,aku.
Xperlu dinafikan.

Wujud yang sulung sejak lahirnya manusia.
Muncul yang muda kerana berehatnya seorang  putera dibawah si pokok.
Jarak masa yang jelas ketara.
Padanlah yang sulung kian pudar.

Segolongan kental berjuang demi si bongu,muda.
Yang tua menjadi agenda sampingan mereka.
Segelintir  pula terus taat pada si tua.
Turut juga mengendong yang muda.

Segolongan lupa yang muda singgah sementara.
Yang tua bakal terus bersama sebenarnya.
Tak perlu kisah amat pada yang muda.
Jaga yang tua!yang muda pasti terpelihara!
Pasti!

Bukan seperti menimbang tepung dan gula.
Timbangan yaumulmahsyar penentu segala.
Berat disini atau berat disana?
Kau patut buka minda.

Disini Cuma bayang-bayang.
Tak perlu kau kejarkan,cukup dengan berjalan.
Disini pasti akan ada.
Tak perlu membentuk gusar di dada.
Walau kau berpaling dari mengejarnya.
Ia pula yang mengejar.
Tak percaya?
Cuba!

Yang penting cuma disana.
Miskin disini pasti masih lagi terdaya.
Miskin disana.
Kau terima padahnya.

Biarkan mereka,
Bila tangan sudah diikat pada tengkuk,
Bila hanya keadilan menjadi penyelamat,
Baru mereka sedar.
Walau hakikatnya sudah terlambat.

Kau tetap pilih disini?
Lebihkan disini dari apa yang ada disana?
Dokong yang muda,tinggalkan si tua?
Masih?

Pilihan sendiri~

Maaafkan aku berbicara mengikut nafsu.
Ilmu cetek masih lagi mahu bersuara.
Jika kau masih lagi mahu begitu,
Teruskan.

Tidak ada yang mampu untuk aku lakukan.
melainkan doa mengiringi kalian.

Yang pasti tidak kira biru mahupun hijau.
Semua perlu sedar mereka akan kembali pada putih.
Walau putih bukan warna,
Putih adalah pengakhirannya..



nampak x? antara biru dan hijau, PUTIH yg melindungi. kan? kan?
tersirat ni. harap sesiape yg bace ni faham :)
( xde kaitan ngn politik oke .  =.= )

dengarkan ini.....

PESONA DUNIA__INTEAM



kadang-kadang rase mcm nk jd matured cket hehee
nk berfikir lebih byk cket, nk mengkaji dgn lebih lebih lg tentang 'dunia' ni
nk berada di luar lingkungan ruby yg dlu
yg dulu hanya mementingkan nikmat duniawi dari ukhrawi
yg tak pernah berfikir dgn lebih mendalam erti hidup

ohhh... bolehkah aku nk jd meced?
ahha~
seringkali terfikir, kalo meced... maknanye jd seorang serius lah kan?
salah eh?

x semestinye kan...
dlm serius still lg leh melawak, leh lg snyum2, gelak2 manja keh3
meced jugak menandakan seseorang tu dh pndai beza antara baik buruk, elok ke tak
lagipon umur da nk masuk 20 tahun
angka 2 kat depan dah
semakin diri ini menghampiri ke alam barzakh
hermmmmm................

2 comments:

  1. ruby berpuisi gitu...wutwut terkejut i! hahahaha

    ReplyDelete
  2. haha. bkn sumo la. ade hop aku copy paste jgk. ngeee~

    ReplyDelete